Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :UMS akan selaras tarikh baharu Konvokesyen Ke-27, susulan PRN Sabah 29 November ini
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :18 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini sedang menyelaras tarikh baharu bagi Majlis Konvokesyen ke-27 susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadualkan pada 29 November ini. Pusat Komunikasi Korporat UMS dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi menghormati dan memberi ruang kepada warga universiti, graduan serta masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi. "Maklumat terkini mengenai tarikh baharu dan atur cara Majlis Konvokesyen UMS ke-27 akan dimaklumkan secara rasmi melalui laman sesawang universiti serta platform media sosial rasmi UMS," menurut kenyataan itu. UMS juga menghargai kesabaran semua pihak berhubung perkara ini, sambil menegaskan komitmen untuk memastikan majlis konvokesyen berlangsung dalam suasana terbaik, harmoni dan bermakna bagi para graduan serta ahli keluarga mereka. SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sabah pada 15 November, manakala undi awal berlangsung 25 November dan tarikh mengundi pada 29 November. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035