Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :UMPSA kekal universiti teknikal nombor satu terbaik negara
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :09 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kekal universiti teknikal terbaik negara apabila berada di tangga teratas iaitu kedudukan pertama terbaik dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) empat tahun berturut-turut. Pengumuman Times Higher Education (THE) World University Rankings 2026 hari ini, turut menyenaraikan UMPSA di tangga 601-800 terbaik di dunia dan berada di kedudukan kesembilan terbaik di Malaysia dalam kalangan institusi awam dan swasta di negara ini. UMPSA adalah sebuah universiti awam ke-16 yang ditubuhkan kerajaan dalam menawarkan program pendidikan tinggi berteraskan kejuruteraan dan teknologi serta penyedia program TVET termaju (aras tinggi) negara. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata kejayaan itu mengukuhkan lagi kedudukan UMPSA sebaris dengan universiti bertaraf dunia serta menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berkualiti serta berimpak di peringkat antarabangsa. Katanya, peningkatan UMPSA dalam indikator pengajaranturut mencerminkan kualiti akademik universiti ini diiktiraf di peringkat antarabangsa. "Selain itu, impak penerbitan yang menjadi rujukan dalam kalangan ahli akademik terutamanya dalam bidang sains dan teknologi," katanya. Ia dibuktikan apabila seramai 25 pensyarah UMPSA tersenarai antara dua peratus saintis terbaik dunia bagi kategori Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement) dan 15 daripadanya juga tersenarai bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement) berdasarkan Elsevier Database, Stanford University baru-baru ini. Bagi senarai Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement), UMPSA berada dalam kelompok 10 teratas dalam kalangan IPT di Malaysia apabila seramai 25 pensyarah yang mempunyai 2 peratus saintis terbaik dunia paling ramai. Beliau berkata, pencapaian itu menjadikan kebanggaan buat seluruh warga UMPSA yang sentiasa komited terhadap kecemerlangan pengajaran, kerjasama industri dan peningkatan penyelidikan berimpak serta kolaborasi akademik yang telah menyumbang terhadap pencapaian UMPSA . "Tahniah buat warga UMPSA yang mencapai pelbagai kejayaan bagi meningkatkan citra universiti ke tahap pendidikan tinggi dan global. "Bertepatan dengan visi universiti ke arah sebuah universiti teknologi terunggul, UMPSA akan terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan yang dicapai. "Ia menerusi pemerkasaan akademik dan hasil penyelidikan berimpak serta menghasilkan graduan cemerlang untuk menjadi modal insan berkualiti dalam memacu pembangunan negara yang cemerlang," katanya. Beliau berkata, selain itu, dalam konteks Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 dan Kerangka UMPSA30, pelaksanaan projek kerjasama, menaik taraf kebolehan teknikal dan pembangunan produk yang menggunakan kepakaran teknikal UMPSA dan industri akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan hubungan baik antara UMPSA dan industri. Katanya, UMPSA turut memfokuskan terhadap penyelidikan yang berimpak, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi terkini terutamanya dalam bidang peralihan tenaga, kelestarian dan digitalisasi. "Selain itu, UMPSA terus mengukuhkan kedudukan universiti ini ke arah hab Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termaju di rantau ASEAN berteraskan kecemerlangan akademik, jaringan global dan keupayaan penghasilan graduan yang berkualiti tinggi. "Times Higher Education (THE) World University Rankings adalah sistem penarafan peringkat global yang menilai prestasi Universiti di seluruh dunia merangkumi pengajaran (29.5 peratus), persekitaran penyelidikan, (29 peratus), kualiti penyelidikan (30 peratus), perspektif antarabangsa (7.5 peratus) dan hubungan dengan industri (empat peratus)," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035