|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilantik sebagai Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara dengan teras inovasi dan teknologi sukan.
Dokumen lantikan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena ASEAN Sports Industry Expo 2025 baru-baru ini.
Program dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu bagi memperkukuh kerjasama antara negara ASEAN dalam pembangunan industri sukan dari aspek infrastruktur, teknologi dan bakat bersempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN Tahun 2025.
Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata penubuhan Pusat Inovasi Teknologi Sukan iaitu pusat kecemerlangan di UMPSA tepat pada masanya kerana pembabitan universiti itu dalam penyelidikan teknologi sukan sejak 2012 yang dipelopori Makmal Innovative Manufacturing, Mechatronics and Sports (iMAMS Lab) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM).
"Penyelidik UMPSA juga terbabit dengan analisis biomekanik di dalam sukan seperti Finite Element Analysis dalam bidang berkaitan sukan dan Data Analytics," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Yatimah berkata, Pusat Inovasi Teknologi Sukan turut menyertai ekspo yang menghimpunkan semua segmen industri sukan negara merangkumi teknologi sukan, penganjuran acara, pembuatan dan pengilang.
Katanya, mereka juga terbabit dalam bidang permotoran, persatuan dan kelab sukan, pendidikan, produk kesihatan, perbankan, pembinaan, peruncitan, perhotelan, kesihatan serta pelbagai perkhidmatan berkaitan.
"Platform ini menjadi pemangkin penting memacu industri sukan sebagai satu daripada penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serantau melalui pelaburan, perdagangan dan peluang pekerjaan," katanya.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |