Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Zuhainy Zulkiffli
Title :Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif terima ijazah kehormat di Konvokesyen ke-63 USM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :24 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
GEORGETOWN: Seramai 9,347 graduan akan menerima ijazah masing-masing pada Upacara Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) bermula esok hingga 2 Disember ini. Naib Canselor USM, Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed berkata, jumlah itu termasuk seorang penerima Ijazah Kehormat, 865 graduan Ijazah Tinggi (PhD) dan Sarjana (3,501), Ijazah Sarjana Muda (4,934) serta Diploma Kejururawatan (47). Katanya, Ijazah Kehormat akan dikurniakan kepada Penasihat Hartanah bagi PETRONAS, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif. Maimunah yang juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur memiliki pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang perancangan bandar dan pembangunan mampan. "Maimunah akan dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Perancangan Bandar dan Wilayah atas sumbangannya di peringkat domestik dan global. "Majlis konvokesyen ini bakal disempurnakan oleh Canselor Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail," katanya pada sidang media khas di USM, hari ini. Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata,sidang pertama akan menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat, Ijazah Tinggi Kohort Sulung iaitu Ijazah Doktor Psikologi, Ijazah Sarjana Sains dalam Geomatik Pengurangan Risiko Bencana, Ijazah Sarjana Sains Dan Pengurusan Penyakit Tumbuhan Tropika dan Anugerah Pingat Emas Cancelor kepada graduan terbaik dalam setiap lapangan. "Tuanku Syed Sirajuddin turut memperkenan Pro-Canselor Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A Hassan bagi mempengerusikan Sidang Kedua. "Sidang seterusnya hingga ke-14 dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dan Datuk Seri Awang Adek Hussin," katanya lagi. Terdahulu, Abdul Rahman ditemui pada sidang media khas bagi meraikan graduan terbaik dalam pelbagai bidang sempena upacara konvokesyen itu di USM. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed. - Foto ZUHAINY ZULKIFFLI
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035