Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :Mohd Rafi Mamat
Title :UMPSA perkenal RES-Q bantu pelajar, kakitangan hadapi banjir
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :24 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkenalkan Sistem Aduan RES-Q bagi membantu pelajar dan kakitangan pusat pengajian berkenaan yang berhadapan banjir. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata menerusi sistem berkenaan Jawatankuasa Bertindak Bencana UMPSA dapat bertindak segera menyalurkan bantuan kepada mangsa terbabit di seluruh negara. Beliau berkata bantuan bukan sahaja membabitkan mangsa banjir, malah turut membabitkan mangsa tanah runtuh, terputus hubungan dan sebarang keperluan berkaitan bencana. Katanya, pelajar dan kakitangan UMPSA perlu melengkapkan maklumat bencana menerusi sistem yang diaktifkan, pihak universiti kini bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan terutama selepas bermulanya MTL. "Kita mula menggerakkan misi sukarelawan banjir pantai timur yang bertanggungjawab membantu mangsa banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan. "Misi sukarelawan UMPSA kali ini membawa keperluan sumbangan berupa beg makanan dan pakej makanan 'Ready to Eat' melalui teknologi retort di bawah inisiatif food@campus (UMPSA Campus Pantry) dan Yayasan UMPSA," katanya di sini hari ini. Beliau berkata kemudahan makanan teknologi retort atau penstrilan yang dihasilkan mampu bertahan lama tanpa menjejaskan struktur dan rasanya dengan matlamat 'Zero Hunger' Yatimah berkata, inisiatif dilaksanakan menerusi kerjasama UMPSA dan Yayasan UMPSA dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membolehkan pelajar yang terkesan banjir mendapat makanan yang dimasak menggunakan teknologi retot antaranya nasi dengan lauk ayam masak merah, daging masak kicap dan nasi goreng serta beberapa hidangan lain. Katanya, peringkat pertama lebih 1,000 pek makanan sedia diedarkan dan akan diagih secara berperingkat bagi membantu mangsa banjir terutama pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan IPT sekitarnya. "Saya berharap warga UMPSA dan mereka khususnya di kawasan berisiko banjir supaya peka dengan maklumat semasa dan mendapatkan amaran terkini melalui aplikasi MyCuaca, laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta saluran rasmi universiti di portal UMPSA dan Media Sosial UMPSA Malaysia. "Warga UMPSA yang terkandas dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Hotline Bencana UMPSA 09-4319999/ 09-4315005/ 09-4315065," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035