Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Anak tukang gunting yang juga OKU terima Anugerah Khas, amalkan solat berjemaah
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :17 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Status orang kurang upaya (OKU) tidak menghalang anak tukang gunting, Umar Dzakir Ab Razak untuk cemerlang di menara gading hingga meraih Anugerah Khas pada Istiadat Konvokesyen Ke-22 Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), di sini hari ini. Graduan Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan itu berkata, anugerah diterima menjadi motivasi untuk dia lebih cemerlang dalam bidang diceburi dan merancang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah. Katanya, pencapaian itu juga berkat daripada amalan harian iaitu sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT terutama dalam solat berjemaah. "Sebenarnya, sebagai OKU antara cabarannya ialah diri sendiri yang rasa lain daripada orang dan menjadi tidak bersemangat. "Tetapi apabila teringat pesanan ustaz, saya kuatkan semangat dan menjaga solat berjemaah sekurang-kurang satu daripada lima waktu," katanya ketika ditemui sempena Istiadat Konvokesyen Ke-22 UnIPSAS di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Umar Dzakir, 21, antara 583 pelajar UnIPSAS yang menerima ijazah dan diploma yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar. Hadir sama, Naib Canselor UnIPSAS, Prof Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal. Sementara itu, Siti Nur Khalidah Rosli, 24 terkejut apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Sultan Ahmad Shah pada konvokesyen itu. "Sebenarnya, saya pernah gagal sebelum ini tetapi pengalaman banyak membantu untuk beroleh kejayaan selain sokongan daripada semua terutama keluarga. "Pencapaian ini juga membuatkan saya lebih kuat untuk memenuhi impian menjadi guru Bahasa Inggeris," kata graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris dengan kepimpinan pengajaran kepujian.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035