Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nor Fazlina Abdul Rahim
Title :Pelajar PhD maut kenderaan terbabas dalam tasik di kampus
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :02 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JELI: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) maut, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di dalam kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 6.20 petang, mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya yang sempat keluar menyelamatkan diri kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Jeli. Allahyarham seorang pelajar yang pintar sehingga berjaya meneruskan pengajian ke peringkat PhD dalam usia masih muda. Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kenderaan Perodua Axia melalui selekoh dan menuruni bukit. "Kenderaan yang dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke dalam tasik. "Rakan mangsa yang berada di bahagian penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, manakala mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. "Mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan malam ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035