Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :UKM terima 3 TNC baharu
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :04 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menerima pelantikan tiga Timbalan Naib Canselor (TNC) baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam. Mereka adalah Prof Dr Ismanizan Ismail yang dilantik TNC Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman sebagai TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Prof Dr Bariah Mohd Ali sebagai TNC Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat. Naib Canselor UKM, Prof Dr Sufian Jusoh, berkata pengalaman dan reputasi cemerlang dimiliki tiga TNC itu diyakini mampu memperkukuh peranan UKM sebagai peneraju pendidikan tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. "Seluruh warga UKM mengucapkan tahniah atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan hari ini. UKM berkata, Ismanizan sebelum ini memegang jawatan Pengarah Pusat PERMATA@Pintar Negara, Pengarah Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) serta Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM). "Beliau lulusan doktor falsafah (PhD) dari University of Edinburgh, United Kingdom dan pakar bioteknologi dalam bidang sumber lestari serta alam sekitar dan kehidupan pintar," katanya. Katanya, Norinsan pula berkelulusan PhD bidang Sains Kakisan dan Kejuruteraan dari University of New South Wales, Australia, yang sebelum ini adalah Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM dan menjalankan fungsi sebagai TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sejak April lalu. "Bariah pula ialah pakar optometris kanta lekap yang berkelulusan PhD dari University of New South Wales, Australia. Sebelum ini, beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah UKM dan pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Kesihatan," katanya. - BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035