|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUALA LUMPUR: Temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 akan berlangsung dari 10 hingga 20 Disember di lima universiti tempatan.
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan hari ini, memaklumkan universiti terbabit adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Sebanyak 25 sukan dan permainan sudah disenaraikan untuk dipertandingkan di pelbagai lokasi universiti dan pusat sukan terpilih dengan antara sukan tumpuan adalah bola sepak, olahraga, renang dan hoki," menurut kenyataan itu.
Sukan lain termasuk silat, taekwondo, karate, judo, catur, memanah, sepak takraw, tenpin boling dan skuasy.
AUG merupakan acara sukan utama peringkat universiti negara ASEAN yang mula diperkenalkan pada tahun 1981 di Chiang Mai, Thailand.
Kontinjen Malaysia pernah muncul juara keseluruhan sebanyak dua kali di Kuala Lumpur pada 2008 dan Vientiane, Laos pada 2012. – BERNAMA |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |