Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Samadi Ahmad
Title :Hafiz al-Quran Penerima Anugerah Canselor MMU
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :07 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
CYBERJAYA: "Kepayahan ibu yang melakukan tiga pekerjaan setiap hari untuk menyara keluarga menjadi inspirasi kepada kejayaan diraih hari ini," kata penerima Anugerah Canselor Majlis Konvokesyen Multimedia University (MMU) 2025 semalam. Muhammad Faris Fiqran Muhamad, 22, dari Gua Musang, Kelantan berkata, kejayaan itu beliau dedikasikan dan hadiahkan kepada ibu yang banyak berkorban untuk dirinya dan keluarga. Katanya, walaupun berasal daripada latar belakang sekolah agama, dia berjaya menyesuaikan diri dalam bidang teknologi tinggi dengan bimbingan pensyarah dan rakan-rakan di MMU. "Persekitaran kondusif di MMU membantu saya memberi tumpuan kepada pelajaran dan turut aktif menyertai pelbagai program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya. Majlis Konvokesyen MMU 2025 mencatat sejarah apabila Muhammad Faris yang juga seorang hafiz al-Quran, diumumkan sebagai penerima Anugerah Canselor tertinggi universiti itu. Pengumuman itu dibuat selepas pengisytiharan rasmi pembukaan sesi majlis konvokesyen 2025 olehCanselor MMU, Tun Seri Zaki Tun Azmi. Faris berkata, beliau menghafal 30 juzuk al-Quran ketika menuntut di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut. Menurutnya, beliau memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A sebelum melanjutkan pengajian di MMU dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) Realiti Maya mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.81. Katanya, ketika projek tahun akhir menerusi Layangan Warisan, beliau meraih geran RM135,000 daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. "Antara pencapaian antarabangsa yang diraih pernah terpilih salah seorang daripada 15 pelajar dunia yang menerima biasiswa penuh Kedutaan Perancis ke Gobelins Paris Summer School 2025," katanya. Beliau juga tersenarai dalam 10 penerima tertinggi Anugerah Tokoh Siswa Negara 2025, selain menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2024 Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC ) di bawah program Premier Digital Tech Institution (PDTI) menjadikannya pelajar pertama MMU menerima anugerah itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035