Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Aizat Sharif
Title :UniMAP beri pengecualian yuran atlet wakili negara
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :07 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KANGAR: Penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang mewakili negara atau Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dalam mana-mana kejohanan sukan kompetitif bakal menerima pengecualian yuran kolej kediaman serta turut diberikan insentif kemenangan mengikut pingat yang dimenangi. Langkah ini adalah sebagai komitmen kampus itu yang menyokong penuh pembabitkan penuntut universiti itu dalam membawa nama negara atau universiti di peringkat antarabangsa serta membawa pulang pingat menerusi penyertaan kejohanan sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Universiti Dunia, Sukan SEA dan kejohanan lain yang bertaraf antarabangsa. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP Prof Ts Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, pihaknya terus memperkukuh komitmen mereka dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi apabila memperkenalkan inisiatif baharu berkenaan kepada mahasiswa dan warga kampus yang berjaya mewakili Malaysia. "Dalam hal ini, universiti sentiasa memberi sokongan penuh kepada mana-mana atlet yang beraksi membawa nama negara atau universiti di peringkat antarabangsa dan inisiatif ini adalah tanda sokongan dan komitmen UniMAP dengan harapan lebih ramai atlet Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), khususnya dari UniMAP, dapat mewakili negara pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Katanya, sebelum ini UniMAP turut memperkenalkan Biasiswa Sukan UniMAP–Budaya Positif sebagai galakan kepada para atlet. Terdahulu, seorang penuntut UniMAP, Nur Laili Idani Rosli, bersama seorang staf universiti berkenaan, Nor Rinda Ramli dipilih mewakili negara dalam acara woodball pada Sukan SEA 2025 di Chonburi, Bangkok yang bermula 9 hingga 15 Disember ini. Malah, penyertaan kedua-dua warga kampus UniMAP itu juga turut disertai Ketua Sekretariat Program Sukan Prestasi Tinggi (PSPT) UniMAP, Nazmizan Muhammad yang terpilih sebagai Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA tahun ini. Bekas pelari pecut negara yang juga Raja Pecut Asia Tenggara pada temasya Sukan SEA 2003 di Vietnam itu berkata pemilihannya adalah satu amanah besar untuknya dan UniMAP. "Saya amat berbangga dengan sokongan padu universiti terhadap pembangunan atlet, bukan sahaja melalui insentif tetapi juga penyediaan peluang menyertai kejohanan berprestij," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035