Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nor Fazlina Abdul Rahim
Title :UMK aktifkan bilik gerakan banjir susulan ramalan banjir gelombang kedua bermula hari ini
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :14 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
MACHANG: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengaktifkan bilik gerakan banjir susulan tujuh daerah dijangka banjir bermula hari ini. Naib Canselor UMK, Datuk Prof Ir Dr Arham Abdullah, berkata pihaknya juga sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan gelombang banjir pertama pada bulan lalu di universiti berkenaan membabitkan kampus kota di Pengkalan Chepa. "Susulan ramalan JPS dijangka banjir bermula hari ini, kita mengambil langkah siap sedia dengan mengaktifkan bilik gerakan banjir. "Kita juga mengingatkan pelajar supaya berada dalam keadaan bersedia dan membuat persiapan yang patut memandangkan kebanyakan pelajar sudah mempunyai pengalaman berdepan banjir bulan lalu. "Justeru, kita sentiasa memantau dari semasa ke semasa dan sekiranya berlaku banjir lagi pada kali ini dan elektrik terpaksa ditutup, maka kita akan melakukan pembelajaran dalam talian," katanya. Beliau berkata demikian selepas Program Kampung Angkat Madani Mukim Bukit Tiu dibawah UMK yang dirasmikan oleh Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub. Mengulas lanjut katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menambah satu unit pam diesel menjadikan pihaknya kini mempunyai lima pam diesel dan elektrik. "Apabila berlaku hujan lebat, pam ini akan berfungsi untuk menyedut air keluar. "Pada masa sama, ibu bapa juga diminta supaya tidak bimbang keadaan anak-anak mereka kerana kami akan menjaga pelajar ini dengan baik," katanya. Media sebelum ini melaporkan, JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan membabitkan kawasan rendah dan berisiko di tujuh jajahan bermula 14 hingga 17 Disember ini. Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), memaklumkan situasi banjir itu dijangka berlaku susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035