Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :-
Title :Fenomena air pasang: Majlis Bandaraya Kuantan tutup Taman Gelora selepas alami hakisan, mendap
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :09 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menutup laluan dan memasang papan tanda larangan serta amaran di kawasan terkesan hakisan dan mendapan berpunca daripada fenomena air pasang di Taman Gelora di sini. MBK dalam kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu bagi memastikan keselamatan orang awam dengan kerja pembersihan sisa sampah hanyut turut dilaksanakan. "Sebagai langkah awal, pihak majlis akan membina benteng menggunakan batu besar serta kerja tambakan semula menggunakan pasir laut. Buat sementara waktu, kawasan terlibat ditutup sepenuhnya bagi mengelakkan risiko kepada pengunjung. "Kerja pembinaan semula laluan dan infrastruktur terjejas serta pembersihan pasir akan dimulakan selepas Monsun Timur Laut berakhir memandangkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Januari 2026," menurut kenyataan itu. MBK menasihatkan orang awam agar mematuhi semua arahan keselamatan, mengelakkan kawasan ditutup dan segera melaporkan sebarang situasi yang boleh mengundang risiko. Media melaporkan fenomena air pasang besar yang melanda persisiran pantai sebelum ini menyebabkan trek joging di Taman Gelora rosak selain lebih 200 meter kawasan berkenaan tertimbus pasir. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035