Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Hujan berterusan sejak kelmarin, Pekan Sungai Lembing dilanda banjir kilat
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :05 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Hujan berterusan sejak kelmarin menyebabkan Pekan Sungai Lembing, di sini, dilanda banjir kilat pada hari ini. Difahamkan, ia susulan paras air sungai itu naik kira-kira jam 9 pagi sehingga melimpah. Bagaimanapun, kenderaan ringan masih boleh melaluinya sebelum dilaporkan mulai surut sekitar jam 3 petang. Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri, ketika dihubungi memaklumkan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, setakat ini. Satu rakaman video tular dalam media sosial, hari ini, menunjukkan beberapa kenderaan meredah laluan yang dinaiki air di Pekan Sungai Lembing. Menurut maklumat Info Banjir Pahang, Sistem Pengoperasian Hidrologi Telemetri Negeri pula, air Sungai Kuantan di Bukit Kenau melepasi paras amaran, setakat jam 3.45 petang tadi. Tujuh sungai lagi melepasi paras waspada, iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi; Sungai Kenau di Sungai Rimau; Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut; dan Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut. Selain itu, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran; Sungai Telemong di Telemong, Bentong; dan Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035