Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Penolong pengurus didakwa terima suapan telefon iPhone 8 Plus
Faculty :Kosmo
Year of Publication :28 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang penolong pengurus kontrak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan telefon bimbit bernilai RM3,999. Tertuduh, Mohd. Sahir Mohamed Yusof, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima telefon bimbit jenis iPhone 8 Plus daripada seorang pengurus sebuah syarikat di  Jalan Bukit Ubi, di sini pada 23 Oktober 2018. Tertuduh juga didakwa gagal melaporkan pemberian itu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pegawai polis. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Suriawani Abdul Rahim, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd. Najid Husain. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 serta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah. Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 September ini. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035