Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Pekerja ladang tersepit, jentolak jatuh gaung
Faculty :Kosmo
Year of Publication :23 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ROMPIN – Seorang pekerja ladang tersepit selepas jentolak jenis JCB yang dikendalikan terbabas ke dalam gaung di sebuah ladang sawit di Muadzam Shah, di sini, tengah hari tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari. “Lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 1.07 tengah hari. “Sebaik tiba, kami dimaklumkan mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam, namun pihak bomba melakukan operasi menaikkan pekerja itu dari gaung sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035