Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Rumah, kereta musnah dijilat api
Faculty :Kosmo
Year of Publication :23 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sebuah rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia, Batu 3, Jalan Kuantan–Gambang, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 6.47 pagi itu, api turut memusnahkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang terbakar kira-kira 50 peratus. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera. “Api berjaya dikawal pada pukul 7.28 pagi dan padam sepenuhnya dua jam kemudian. Kebakaran membabitkan rumah separuh kekal yang musnah 100 peratus, namun tiada mangsa terlibat,” katanya hari ini. Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu enam anggota BBP Taman Tas. Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035