Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :PM arah insiden pesawat TUDM malam tadi disiasat
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berkaitan insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan malam tadi. Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil. “Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini. Dalam masa sama, beliau turut mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera. “Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera dipermudah segala urusan rawatan dan pemulihan,” ujarnya. Terdahulu Kosmo! melaporkan, sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang malam tadi. Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.05 malam dan tindakan segera sedang diambil bagi menangani situasi berkenaan.   Kedua-dua mangsa yang belum didedahkan identiti kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035