|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN – Juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan, di sini malam tadi dilaporkan selamat.
Kedua-dua mangsa yang belum didedahkan identiti kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sementara itu Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan kedua-dua mangsa selamat.
Beliau berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu selepas siasatan dilakukan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. – KOSMO! ONLINE
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |