Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Tinjauan Belanjawan Negeri Pahang untuk rakyat kemuka cadangan, pandangan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :20 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bertindak proaktif dalam menghasilkan Belanjawan 2026 apabila turut mendapatkan maklumat daripada masyarakat akar umbi melalui Tinjauan Belanjawan Negeri Pahang 2026. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tinjauan berkenaan memberi ruang rakyat Pahang untuk mengemukakan cadangan dan pandangan demi memastikan Belanjawan 2026 benar-benar menepati keperluan rakyat serta membawa negeri kita ke arah yang lebih makmur dan sejahtera. “Meskipun Retreat Belanjawan Negeri Pahang 2026 telah selesai tetapi ia bukanlah muktamad kerana masih ada lagi sesi-sesi pemurnian yang harus dilakukan selepas ini sehinggalah belanjawan ini dibentangkan hujung tahun ini. “Untuk itu saya menjemput semua rakyat Pahang untuk turut serta berkongsi idea melalui pautan https://esurvey.pahang.gov.my,” katanya di sini hari ini. Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa mendengar suara rakyat dan belanjawan Pahang 2026 adalah untuk semua rakyat negeri ini. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035