Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ISKANDAR SHAH MOHAMED
Title :Pahang, Sabah dan Sarawak dicadang jadi tapak pelancaran roket
Faculty :Kosmo
Year of Publication :20 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SABAK BERNAM – Tiga lokasi di Pahang, Sabah dan Sarawak dikenal pasti sebagai cadangan pembinaan tapak pelancaran roket selaras pelan pembangunan sektor angkasa negara seawal 2029. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MySA), Datuk Azlikamil Napiah berkata, semua lokasi itu dicadangkan tiga pihak yang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek berkenaan. “Satu laporan kajian dihantar kepada MySA bulan ini dan proses penilaian akan dilakukan dalam masa 90 hari. “Banyak pihak berminat (dengan projek itu), namun MySA bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyediakan garis panduan bagi kajian dan pelaksanaan dasar,” katanya pada program Kampung Angkat Madani MySA di Sungai Panjang di sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) akan bekerjasama dengan China Great Wall Industry Corporation (CGWIC) dan Lestari Angkasa Sdn. Bhd. bagi membangunkan Pelabuhan Angkasa Antarabangsa pertama di Asia Tenggara. Mengulas lanjut, Azlikamil berkata, pembinaan projek mega itu merupakan peluang ekonomi strategik bagi negara di rantau Asia Tenggara. “Pelancaran roket di Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa memendekkan masa dan mengurangkan kos perjalanan ke lokasi geo angkasa lepas. Selain pembinaan tapak pelancaran, bandar angkasa akan diwujudkan bagi menempatkan kawasan perindustrian sektor tersebut,” ujarnya.   Tambahnya, projek mega itu sebahagian daripada Dasar Angkasa Negara 2030 yang meletakkan tiga matlamat utama termasuk mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu peratus atau RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035