Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :SAIRUL ZAMRI MISRANI
Title :UTeM lahirkan graduan sulung AI, jayakan aspirasi TVET
Faculty :Kosmo
Year of Publication :8 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pernah menyuarakan komited untuk menjadi penyumbang utama penghasilan 200,000 pakar kecerdasan buatan (AI) dan 100,000 pakar keselamatan siber menjelang 2030 selaras visi Malaysia sebagai pemimpin teknologi serantau. UTeM juga meneraju keberhasilan inisiatif baharu dinamakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 menerusi AI dan Keselamatan Siber yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Terkini, ‘buah kejayaan’ mula kelihatan apabila UTeM melakar sejarah berjaya melahirkan 125 orang graduan sulung Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX) dalam Majlis Konvokesyen ke-21 di Melaka baru-baru ini. Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts Dr. Massila Kamalrudin berkata, graduan sulung FAIX itu menjadi bukti keberhasilan graduan dalam bidang AI dan keselamatan siber buat negara. Jelasnya, UTeM sentiasa komited dalam menzahirkan peranan besar bagi menerajui dan menjayakan aspirasi inisiatif baharu TVET negara menerusi FAIX. “Peranan kami tertumpu dalam menjayakan inisiatif terbaharu TVET negara dalam aspek akademik, penyelidikan dan inovasi dalam AI serta keselamatan siber. “UTeM turut menjadi tunjang Malaysia dalam menyediakan tenaga kerja profesional mahir dalam bidang berasaskan teknologi ini melalui pendekatan TVET yang komprehensif dan adaptif. “Penubuhan FAIX memperkukuhkan kepentingan AI Gunaan (Applied AI) yang merentas pelbagai disiplin, termasuk kejuruteraan, perniagaan, automasi dan sistem pintar,” katanya. Massila menambah, sejarah tercipta apabila seramai 125 graduan FAIX berjaya naik ke pentas menerima ijazah dalam bidang AI dan keselamatan siber masing-masing. “Seramai 62 orang graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) dengan kepujian. “Manakala 63 orang graduan telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) dengan kepujian,” katanya. Bagi salah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) dengan kepujian, Muhammad Afzan Akmal mengakui teruja menjadi antara graduan sulung FAIX yang diraikan. Jelasnya, dia berbangga atas usahanya dan rakan seperjuangan dalam mengharungi pembelajaran selama empat tahun dan berjaya menamatkan pengajian tepat pada masanya. “Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah SWT. Semoga kita (graduan) dapat berkhidmat dan menabur bakti kepada negara sebagai pakar dalam bidang AI dan keselamatan siber negara pada masa depan,” katanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035