Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Universiti Meritus rai 157 graduan dalam konvokesyen sulung
Faculty :Kosmo
Year of Publication :7 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR – Universiti Meritus melakar sejarah apabila buat julung-julung kalinya meraikan 157 graduan dalam pelbagai bidang dalam industri udara dan lautan pada majlis konvokesyen sulungnya di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam. Pengasas merangkap Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Tan Sri Dr. Halim Mohammad berkata, majlis itu meraikan 22 graduan ijazah, master (1), diploma (38) dan kadet juruterbang (96). Katanya, ijazah meliputi Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim dan Sains (Kepujian) Kewangan (Strategi Pelaburan) manakala diploma pula melibatkan jurusan Penerbangan (Latihan Juruterbang) serta Pengurusan Hotel. “96 Kadet Juruterbang HM Aerospace menerima Lesen Juruterbang Komersial dengan Instrument Rating dan Frozen ATPL manakala master melibatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan. “Majlis ini menyerlahkan persekitaran pembelajaran bertaraf tinggi kami selain menjadi bukti komitmen universiti terhadap kecemerlangan, inovasi dan pendidikan yang sejajar dengan industri, di mana pengajian maritim dan latihan penerbangan wujud dalam satu ekosistem sinergi. “Ia mencerminkan peranan strategik Malaysia sebagai penghubung penting antara laluan laut dan udara antarabangsa, sekali gus mempersiapkan graduan untuk menerajui sektor perdagangan maritim, penerbangan, logistik dan ekosistem keterhubungan global yang semakin berkembang,” katanya. Menurut Halim, mereka bukan sekadar menyediakan pelajar untuk mencari rezeki; kami melatih mereka untuk membina kehidupan kehidupan yang berkhidmat kepada negara dengan tujuan, integriti dan impak yang berkekalan.   Tambahnya, sektor maritim dan penerbangan Malaysia kekal sebagai tonggak perkembangan negara, menyokong lebih 360,000 pekerjaan meliputi operasi pelabuhan, perkapalan, logistik, syarikat penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang.    “Kecemerlangan universiti ini di bawah kepimpinan Canselornya, Tan Sri Rafidah Aziz terus melahirkan graduan yang menonjol melalui kecemerlangan, kepimpinan dan jati diri nasional yang kukuh,” katanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035