Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Main Author :KOSMO!
Title :Aksi sengit bola baling gamatkan UMPSA
Faculty :Kosmo
Year of Publication :11 November 2024
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Aksi sengit antara pelajar universiti dan profesional dari Asia Tenggara dalam kejohanan bola baling telah memeriahkan kejohanan anjuran Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-6 baru-baru ini. UMPSA dalam satu kenyataan berkata, kejohanan itu menarik 40 penyertaan melibatkan 28 pasukan lelaki dan 12 wanita. Katanya, selain wakil universiti tempatan, kejohanan itu turut dimeriahkan dengan penyertaan Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dan Universitas Negeri Surabaya (UNESA) Indonesia serta dari Singapura. “Selain mempromosikan bola baling dalam kalangan generasi muda, kejohanan itu juga dapat memperkukuh kedudukan UMPSA sebagai pusat kecemerlangan sukan di Malaysia. “Kejohanan itu diiktiraf Persekutuan Bola Baling Malaysia. Acara berlangsung selama tiga hari itu berlangsung sengit,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut UMPSA, kategori lelaki dimenangi pasukan UNJ manakala pasukan Universiti Teknologi Mara Lions naib johan. Tambahnya, pasukan Singapura mempertahankan kejuaraan bagi kategori wanita manakala Terengganu naib johan.   Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd. Shahar Abdullah. “Dengan adanya penglibatan pasukan antarabangsa, kejohanan ini juga dapat membantu membina jaringan kerjasama global dan memperkukuh hubungan komuniti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035