Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Pahang cadang tubuh persatuan bapa – MB Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :1 Ogos 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
LIPIS – Golongan bapa di negeri ini dicadang untuk disatukan di bawah satu platform khusus seperti persatuan bapa bagi mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan keluarga dan masyarakat. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan itu dikemukakan beliau dalam memastikan golongan bapa diberi ruang menyuarakan pandangan serta keperluan mereka dalam pelbagai isu kekeluargaan. “Sudah tiba masanya peranan bapa diketengahkan secara lebih sistematik, bukan sekadar sekilas dalam acara tahunan, sebaliknya melalui pendekatan berstruktur seperti pertubuhan rasmi. “Kita sudah ada pelbagai persatuan untuk wanita, ibu tunggal, belia dan sebagainya. Jadi kenapa tidak ada satu persatuan khusus untuk bapa? Ini penting supaya suara mereka juga didengar dan peranan mereka dihargai,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Bapa Tahun 2025 Peringkat Negeri Pahang di Arena Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis di sini hari ini. Menurut Wan Rosdy, melalui persatuan itu pelbagai program sokongan boleh disusun termasuk bantuan kewangan, ceramah keibubapaan dan pembangunan sahsiah keluarga. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035