Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Kosma agih RM56.508 juta kepada ahli
Faculty :Kosmo
Year of Publication :31 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila mengumumkan agihan dividen saham 55 peratus membabitkan bayaran berjumlah RM32.538 juta kepada 1,495 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2024. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terdahulu pada 19 Mac lalu, beliau telah mengumumkan pembayaran dividen unit ladang sebanyak RM5,000 setiap unit untuk diagihkan kepada semua ahlinya, berjumlah RM23.97 juta. Katanya, bagi tahun kewangan 2024, pendapatan keseluruhan Kosma yang telah diaudit mencatatkan jumlah RM290.79 juta, manakala keuntungan bersih direkodkan RM132.77 juta. “Berdasarkan prestasi kewangan yang kukuh ini, Mesyuarat Agong Kosma ke-40 telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan berjaya mendapat kelulusan pembayaran dividen sebanyak 55 peratus. “Nilai dividen dibayar, RM32.538 juta, nilai unit ladang yang telah dibayar RM23.97 juta kepada 1,495 ahli Kosma. Ia menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran dividen unit ladang dan saham berjumlah RM56.508 juta,”katanya dalam sidang akhbar di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Wan Rosdy berkata, dividen yang dibayar bermula hari ini itu adalah daripada hasil pengurusan koperasi yang cekap, efisien dan pulangan pelaburan mampan. Katanya, Kosma terus memainkan peranan penting dalam menjana pendapatannya yang memberikan impak besar kepada sektor koperasi negeri Pahang dan juga negara.   “Kosma percaya bahawa pengagihan dividen ini akan terus memperkukuhkan kesejahteraan ahli-ahli, kakitangan, warga koperasi dan seluruh rakyat Malaysia. Kejayaan Kosma ini tidak datang begitu sahaja, tetapi datang dengan usaha gigih dan konsisten setiap jenteranya,”katanya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035