Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Tiada kes kecurian bangkai kapal perang direkodkan dalam tempoh dua tahun
Faculty :Kosmo
Year of Publication :29 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kawalan ketat yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan negara berjaya mengekang kes kecurian bangkai kapal perang apabila tiada lagi kes direkodkan sejak dua tahun lalu. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, rondaan dilakukan secara berkala di kawasan bangkai kapal perang dalam perairan negara bagi memastikan ia tidak diceroboh pencari besi buruk. “Kita boleh katakan jumlah kes adalah sifar kerana penguatkuasaan dijalankan secara berterusan. Bot dan kapal peronda Maritim Malaysia sentiasa melakukan rondaan di lokasi bangkai kapal. “Kes terakhir dicatatkan berlaku di Johor pada tahun 2023, dan sejak itu tiada lagi aktiviti pencerobohan dikesan,” katanya. selepas melancarkan program Sekolah Angkat Madani Maritim Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging di sini hari ini. Menurut Rosli, langkah penguatkuasaan ketat itu turut menarik minat agensi maritim luar negara yang ingin mengetahui pendekatan Malaysia dalam melindungi bangkai kapal perang bersejarah. “Kita pernah menahan beberapa pihak sebelum ini dan merampas besi buruk yang dipercayai dicuri dari tapak bangkai kapal. “Antara kes yang pernah berlaku termasuk penahanan sebuah kapal korek berdaftar asing yang disyaki mencuri keluli dan aluminium berkualiti tinggi dari bangkai kapal Perang Dunia Kedua, HMS Repulse dan HMS Prince of Wales di perairan Pahang,” katanya.   Sementara itu, mengulas mengenai program Sekolah Angkat Madani, Rosli berkata SMK Sungai Baging dipilih kerana kedudukannya yang strategik berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Sungai Ular, di sini. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035