Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Sultan Pahang bantu mangsa kemalangan di hadapan Istana Abdulaziz
Faculty :Kosmo
Year of Publication :25 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Keprihatinan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terserlah apabila berkenan menghulurkan bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di hadapan Istana Abdulaziz, petang tadi. Menerusi perkongsian di laman Facebook Kesultanan Pahang, ketika kejadian Paduka Baginda dalam perjalanan untuk beriadah dan secara tidak sengaja menyaksikan satu kemalangan. Jelas hantaran itu, kemalangan tersebut melibatkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas selepas melanggar tiang berhadapan kawasan Istana Abdulaziz. “Tanpa berlengah, Paduka Baginda segera meninjau dan menghampiri mangsa yang ketika itu sedang menahan kesakitan akibat kecederaan yang dialami. “Baginda turut bertanyakan keadaan mangsa serta memastikan bantuan kecemasan dan penghantaran mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,”kata hantaran tersebut.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035