Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Cultra 2025 luar biasa, tarik lebih 2,500 penyertaan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Acara larian denai Cameron Ultra (Cultra) 2025 presented by Asics menyaksikan sambutan luar biasa apabila berjaya menarik lebih 2,500 penyertaan daripada 39 negara. Penganjuran kali ke-9 itu skali gus membuktikan Cultra yang merupakan jenama tempatan mampu bersaing dengan acara antarabangsa luar negara. Cultra 2025 yang berlangsung di Cameron Highlands, Pahang pada 18 hingga 20 Julai lalu menawarkan jarak larian merangkumi kategori 4 kilometer (km), 14km, 30km, 60km dan 100km. Pelari dari Iceland, Kristjan Chapman mengungguli kategori utama 100km apabila berjaya mencipta rekod baharu dengan catatan masa 13 jam 14 minit sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$1,000 (RM4,215). Yih Huan Sua dari Malaysia merangkul tempat kedua dengan catatan masa 16 jam 33 minit, sementara Mohammadalee Binlateh dari Thailand merekodkan masa 17 jam 48 minit. Pengasas dan Pengarah Urusan BOLT Events Management, Hazemi Hamidi berkata, antara pencapaian penting untuk kali ini adalah pihaknya berjaya menjalinkan kerjasama dengan penganjur acara larian denai dari Indonesia dan Thailand. Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu membentuk satu gabungan antara ketiga-tiga negara dikenali sebagai ‘SEA Trail Alliance’.   “Seperti sedia maklum komuniti larian denai di Malaysia semakin berkembang dan kini menjadi satu industri yang besar. Sudah tiba masanya untuk kita bekerjasama dengan pihak lain. “Matlamat utama gabungan ini adalah untuk berkongsi kepakaran antara penganjur (acara larian denai) di seluruh Asia Tenggara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurutnya, visi jangka panjang kerjasama itu adalah untuk mengangkat Asia Tenggara sebagai destinasi penganjuran acara larian denai yang terkemuka di peringkat global. Mengulas lanjut, Hazemi berkata, Cultra bakal menampilkan kelainan kepada peserta sempena ulang tahun ke-10 pada tahun depan selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035