Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :4 warga Myanmar dipenjara sembilan bulan ceroboh Hutan Simpan Tranum
Faculty :Kosmo
Year of Publication :23 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB – Empat lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menceroboh dan menjalankan aktiviti tanpa kebenaran di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Tranum, di sini. Keempat-empat tertuduh, iaitu Aung Moe Lin, 32, Lin Pyi Tun,20, Ti Ding, 33, dan Aung Yar Lin, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh melakukan kesalahan menduduki dan menjalankan aktiviti di atas tanah pada 18 Jun lalu, kira-kira pukul 1.20 petang di dalam Hutan Simpan Tranum, Raub tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Semasa serbuan dilakukan, kesemua tertuduh turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit pertanian yang sah. Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh didapati memasuki Kompartment 1, Hutan Simpan Tranum tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Zhi Qian manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Noor Zaihan memerintahkan kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan iaitu 18 Jun lalu – KOSMO! ONLINE    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035