Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Jerebu: Sultan Pahang seru rakyat dirikan solat hajat, henti pembakaran terbuka
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar seluruh rakyat berganding bahu menangani masalah jerebu yang semakin meruncing ketika ini. Baginda menekankan kepentingan memohon pertolongan Allah dengan melaksanakan solat hajat selain mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan jerebu di negara ini. “Saya harap jerebu ini dapat dikurangkan pada masa akan datang, doa (agar) hujan (turun). Insya-Allah, buat solat hajat, minta doa kepada Allah agar jerebu berkurang dan terus tiada,” titah baginda. Baginda bertitah demikian selepas berkenan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Puziah Musa, 57, balu arwah Tengku Badri Tengku Jaafar iaitu Imam 2 Masjid Ar Rahmat, Felda Lembah Klau yang meninggal dunia ketika solat Jumaat minggu lalu. Turut mercemar duli Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tengku Abdullah turut mengingatkan mana-mana pihak supaya menghentikan pembakaran secara terbuka demi kesejahteraan bersama. Mengulas mengenai kesihatan awam, baginda turut menasihatkan rakyat supaya memantau kesihatan diri dan anak-anak agar tidak terdedah kepada jerebu terutamanya jika keadaan bertambah teruk.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035