Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Imam Tengku Badri baca Quran setiap hari, wajah putih berseri
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB – “Kalau ada masa terluang, kerusi di dapur itulah tempat arwah duduk membaca al-Quran setiap hari.” Itu luahan penuh hiba Puziah Musa, 57, isteri kepada arwah Tengku Badri Tengku Jaafar, 60, iaitu imam 2 Masjid Ar Rahmat, Felda Lembah Klau yang meninggal dunia ketika mengimamkan solat Jumaat, baru-baru ini. Menurut Puziah, suaminya sangat mencintai al-Quran sejak muda dan menjadi rutin harian lelaki itu walaupun dalam keadaan uzur. “Kalau tidak ke masjid atau ada masa terluang, suami akan duduk di kerusi dapur membaca kitab suci ini sampai lusuh. “Malam sebelum suami meninggal dunia, saya lihat arwah duduk di dapur dan wajahnya berseri selain bercahaya putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Lembah Klau hari ini. Terdahulu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Puziah. Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 30 minit berbual dan bertanya khabar keluarga arwah.   Baginda turut menitipkan kata-kata semangat agar keluarga itu tabah di atas pemergian arwah Tengku Badri yang dicemburui ramai, malah disifatkan sebagai mulia. Pada Jumaat lalu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Masjid Ar Rahmat yang merakam detik-detik akhir arwah Tengku Badri rebah ketika memimpin solat Jumaat. Lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035