Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Penggunaan tali pinggang keledar diperluas babit bas IPT, sekolah asrama
Faculty :Kosmo
Year of Publication :20 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh akan menjadi tumpuan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Ogos ini. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan bagi melakukan pemeriksaan secara berperingkat ke atas bas yang dimiliki institusi tersebut. Katanya, pemeriksaan itu melibatkan pasukan teknikal dan anggota penguat kuasa JPJ negeri yang ditugaskan bagi memastikan pematuhan pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang. “Kebanyakan IPT dan sekolah berasrama penuh mempunyai kenderaan sendiri, namun kita mahu pastikan bas yang mereka selenggara juga memenuhi spesifikasi ditetapkan dan pemandu mematuhi undang-undang sedia ada. “Kita tidak mahu fokus penguatkuasaan hanya tertumpu kepada bas ekspres atau bas persiaran semata-mata,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) peringkat Pahang 2025, di sini hari ini. Terdahulu, seramai 940 peserta berjaya menamatkan latihan dan ujian lesen memandu di bawah Program MyLesen B2 di negeri ini. Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata, JPJ tidak akan berkompromi sekiranya terdapat peserta Program MyLesen B2 melanggar undang-undang jalan raya khususnya aktiviti merempit dengan lesen mereka mungkin digantung atau dibatalkan. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035