Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Pengasih sedia kerjasama KKM rawat pesakit mental dadah
Faculty :Kosmo
Year of Publication :18 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG – Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) bersedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menawarkan rawatan bersepadu kepada pesakit yang mengalami gangguan mental akibat ketagihan dadah, khususnya membabitkan dadah sintetik. Ketua Penasihat Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Dr. Abd Halim Mohd. Hussin, berkata, Pengasih mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pemulihan penagih dadah dan bersedia mengembangkan peranan dengan menempatkan pesakit yang dirujuk daripada hospital ke pusat rawatan mereka yang lebih holistik dan fokus kepada pemulihan menyeluruh. “Kami berlapang dada menawarkan kepada KKM agar pesakit psikiatri akibat penagihan yang kini dirawat di hospital awam dapat ditempatkan di bawah pemantauan kami. “Rawatan di hospital semata-mata tidak cukup. Mereka perlukan penjagaan yang menyeluruh, termasuk ‘aftercare’ dan sokongan emosi serta sosial,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Bengkel Evidence-Base Treatment And Rehabilitation Modelities For Substance Use Disorder yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam di Kompleks Pengasih Cinta Manis di sini, semalam. Menurut Abdul Halim, pesakit yang mengalami kecelaruan seperti gangguan psikotik (psychotic disorder) akibat penyalahgunaan dadah sintetik memerlukan rawatan jangka panjang yang lebih intensif, bersifat komuniti dan bukan hanya bergantung kepada ubat semata-mata. – KSOMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035