Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Warga emas didenda guna sijil lahir orang lain mohon MyKad kanak-kanak
Faculty :Kosmo
Year of Publication :18 Julai 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang warga emas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menggunakan sijil kelahiran milik individu lain ketika membuat permohonan kad pengenalan untuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pada 2012. Tertuduh Abdah Said, 65, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh membuat permohonan tersebut di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang kira-kira pukul 9.49 pagi pada 28 September 2012. Tertuduh memberikan maklumat tidak benar dalam butiran semasa membuat permohonan kad pengenalan untuk seorang kanak-kanak dengan menggunakan sijil lahir bernombor AR 39371 atas nama Nor Zimah. Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dalam rayuannya, Abdah memohon hukuman ringan atas alasan sudah berusia serta tidak bekerja dan mempunyai tiga orang anak untuk ditanggung. Namun Pegawai Pendakwa JPN, Mohammad Yusaini Yunan, memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan kesalahan itu bersifat serius dan melibatkan dokumen rasmi negara.   Tengku Eliana kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035