Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ALANI NIZAM dan AMAL HAYATI FAUZI
Title :IM Pahang peruntuk RM8 juta untuk anak jati Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :23 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BANGI – Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan semula bantuan khas untuk mahasiswa dikenali sebagai Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) dengan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Pahang sebelum dijenamakan semula pada tahun ini. Menurut beliau, bantuan berbentuk ‘one-off’ itu diberikan kepada anak-anak Pahang yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk Kolej Komuniti dan Politeknik di seluruh negara. “Untuk Kluster Siswa, bantuan ini telah masuk tahun keempat dan setiap tahun nilainya bertambah. Pada tahun 2022 kita beri RM200, tahun 2023 naik kepada RM300 dan tahun ini kita kekalkan RM400. “Secara keseluruhan, lebih RM26.05 juta diperuntukkan sejak tahun 2022 hingga 2024 melibatkan 41,934 orang pelajar Pahang di seluruh negara,” katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran IM Pahang di sini, hari ini. Tambahnya, walaupun jumlah RM400 mungkin dilihat kecil bagi sesetengah pihak, namun ia diyakini mampu membantu menampung keperluan asas para mahasiswa. “Malah yang lebih penting, ia mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap masa depan anak-anak Pahang yang sedang menuntut ilmu,” ujarnya.   Selain pelajar IPT, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan kepada 28 pelajar di bawah program Permata Pintar Malaysia. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035