Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Pahang haramkan vape
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 11 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang memutuskan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh di negeri ini selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, keputusan tersebut dicapai selepas dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang yang diadakan di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di sini, hari ini. Katanya, fatwa berkenaan telah disampaikan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pahang pada 3 Mac lalu dan dibentangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri pada 14 Mei. “Fatwa ini turut mendapat limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang telah beberapa kali bertitah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan buruk penggunaan vape,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran melaksanakan penguatkuasaan secara berhemah dan berhikmah agar masyarakat memahami bahaya penggunaan vape.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035