Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :AZIZAH SHAFIEI
Title :Wanita dikhuatiri lemas kereta jatuh sungai
Faculty :Kosmo
Year of Publication :9 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BERA –  Seorang wanita dikhuatiri lemas di Sungai Triang dekat Jalan Pasar Ayam-Bandar Baru Bera di sini semasa mengikuti aktiviti memancing bersama suaminya hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, dalam kejadian pukul 1.58 tengah hari itu, mangsa Sakirah Akop, 31 bersama bayinya berumur 13 bulan berada dalam kereta jenis Perodua Bezza di tempat letak kereta berdekatan sungai itu. “Makluman awal yang diterima daripada saksi, mangsa bersama anaknya berada dalam kereta jenis Perodua Bezza dan secara tiba-tiba kereta bergerak menghala ke dalam sungai. “Suami mangsa sempat menyelamatkan anak yang berada di dalam kereta manakala mangsa cuba keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri namun dihanyutkan arus deras,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, seramai 14 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bukit Angin dikejarkan ke lokasi kejadian bagi usaha mencari dan menyelamat mangsa. “Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Triang bertindak awal mencari mangsa dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.    “Manakala, anggota PPDA dari BBP Bukit Angin telah dimaklumkan perihal kejadian dan dalam perjalanan ke lokasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035