Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :MOHD. FAHMI ISMAIL
Title :‘Subhanallah…tapak projek ECRL pun boleh solat raya’
Faculty :Kosmo
Year of Publication :9 Jun 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Penuh sederhana, tapi cukup bermakna. Itulah yang tergambar menerusi satu video tular memaparkan sekumpulan pekerja asing projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menunaikan solat sunat Aidiladha di sebuah kawasan lapang, dipercayai di tapak projek di Temerloh, Pahang kelmarin. Tanpa sejadah empuk atau ruang berhawa dingin, hanya beralaskan tanah merah dan pakaian kerja, namun mereka tetap khusyuk menunaikan rukun Islam dengan penuh rasa syukur. Video berdurasi 35 saat itu mencuri perhatian ramai warganet, yang memuji kesungguhan mereka untuk tetap menghidupkan suasana Aidiladha walaupun jauh dari tanah air sendiri. “Subhanallah, memang sungguh. Pengalaman macam ni hanya boleh dapat di perantauan saja. “Ironinya, bila balik Malaysia yang bersepah masjid dan surau, boleh pula rindu solat di merata padang, parking lot, rooftop bangunan bagai ni. Semoga pekerja-pekerja ni merasalah daging korban,” tulis Seiran Rumi. “Kat sini pun dulu,saya dan suami selalu nampk buruh ECRL solat berjemaah. Tapi sayangnya ramai dah lari sebab tak dibayar gaji berbulan,” dedah Norhazwani Othman.   “Sesungguhnya, mereka memang rajin bekerja dan menjaga solat. Saya selalu nampak pekerja di area rumah saya ni tak pernah ‘missed’ solat jumaat. Walau hanya jalan kaki. Kasihan diorang. Yang ada basikal tu, boleh la kayuh basikal. “Yang takde tu, kenalah berjalan kaki. Kalau dapat bos yang baik, ada juga yang sudi tumpangkan kereta. Tapi berhimpit la nampak diorang naik satu kereta,” komen Nurul Hidayah Talha Netizen turut mendoakan agar para pekerja tersebut diberikan kesihatan, keselamatan dan kesempatan untuk merasai kemeriahan Aidiladha walaupun berjauhan daripada keluarga tersayang.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035