Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Sorok bunga ganja RM1.4 juta dalam sarung bantal, pakaian
Faculty :Kosmo
Year of Publication :26 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menumpaskan cubaan menyeludup dadah ke luar negara melalui khidmat kurier dalam operasi di Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor 5 Mei lalu. Pengarah JKDM Pahang, Mohd. Asri Seman berkata, rampasan ganja itu dilakukan di tiga lokasi berasingan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,405,320. “Dalam kes pertama, pasukan operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM Temerloh dan Bahagian Perkastaman KLIA menemui bungkusan mencurigakan berisi bahan organik disyaki bunga ganja seberat 6,200 gram (g) bernilai RM666,400 yang disorok dalam sarung bantal. “Dalam operasi berasingan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Bentong melakukan imbasan ke atas beberapa bungkusan mengandungi bahan organik. “Hasil pemeriksaan, kita menemui 3,200g bunga ganja disorokkan dalam pakaian bernilai RM313,600,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah Indera Mahkota di sini hari ini. Menurut beliau, kes ketiga dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuantan ke atas bungkusan mengandungi 4,340g bunga ganja yang juga disorok dalam pakaian bernilai RM425,320. Jelasnya, ketiga-tiga kes itu masih dalam siasatan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.   Katanya, modus operandi sindiket adalah menggunakan khidmat kurier tempatan dengan dua menggunakan alamat di Terengganu dan satu di Selangor. Barangan dihantar ke pusat kurier di KLIA sebelum dieksport ke luar negara. “Kurier dari Terengganu dan Selangor dibawa ke pusat kurier untuk dihantar ke luar negara menggunakan tiga alamat berbeza,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035