Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Kerani rugi RM649,150 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Faculty :Kosmo
Year of Publication :21 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang kerani wanita berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM649,150 lesap selepas dia terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud. Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian di Rompin itu bermula Mac lalu selepas mangsa yang berumur 52 tahun melihat satu iklan mengenai pelaburan saham ketika melayari laman Facebook. “Mangsa kemudian menekan pautan iklan tersebut dan selepas itu menerima satu mesej daripada seorang individu bernama Elaine yang mengajaknya untuk menyertai satu kumpulan WhatsApp. “Mangsa kemudiannya mula membuat pelaburan bermula dari 20 Mac 2025 hingga 09 Mei 2025 ke beberapa akaun syarikat yang diberikan oleh suspek,”katanya di sini hari ini. Menurutnya, setelah membuat kesemua pindahan wang, mangsa menyedari menjadi mangsa penipuan pelaburan dan mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM649,150. Katanya, berdasarkan siastaan awal polis mendapati mangsa menggunakan wang simpanan miliknya.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035