Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pasir Puteri
Faculty :Kosmo
Year of Publication :15 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu mangsa Wan Izani Wan Samsudin,29 yang berasal dari Kelantan dan bekerja di sebuah restoran di Balok di sini datang bersama dua rakannya ke kawasan itu untuk berkelah. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang mandi di sungai berkenaan bersama dua rakannya. “Mangsa dihanyutkan arus deras sewaktu mandi dan cuba diselamatkan rakan mangsa tetapi tidak berjaya. “Susulan itu pasukan bomba melakukan kerja-kerja mencari mangsa dengan kaedah pencarian permukaan dan mangsa belum dijumpai,”katanya di sini hari ini. Menurutnya operasi pencarian yang dimulakan pada pukul 6.36 petang semalam disambung semula hari ini.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035