Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Tengku Ampuan Pahang cemar duli ziarah pusara Akiko
Faculty :Kosmo
Year of Publication :30 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menziarahi pusara Akiko Okumura, warga Jepun yang pernah berkhidmat dalam program kemasyarakatan di Pahang. Menerusi hantaran di TikTok suami Akiko, Ridzuan Ridzokumura, dia meluahkan rasa terharu dan berterima kasih di atas keberangkatan Tunku Azizah ke Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya dekat sini bagi menziarahi pusara isterinya. “Terima kasih banyak-banyak Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sudi menziarahi pusara Aisyah Abdullah atau Akiko Okumura,” kata Ridzokumura yang juga seorang pempengaruh. Dalam hantaran sama, Tunku Azizah turut berkenan menyiram air atas pusara Akiko atau nama Islamnya, Aisyah Abdullah dan membacakan doa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sayu atas kesudian Tunku Azizah mencemar duli menziarahi pusara rakyat. Sehingga kini ramai rakyat Malaysia yang masih merasai kehilangan Akiko pada Februari lalu yang disifatkan sebagai wanita luar biasa. “Arwah memang luar biasa. Sampai Tengku Ampuan Pahang pun sampai,” kata seorang pengguna media sosial.   “Memang sangat luar biasa. Tengok pusara dia pun rumput segar. Rasa sejuk bila pandnag pusara arwah,” kata Rozita Khodi. Akiko ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dipercayai terjatuh kondominium di Subang Jaya. Setakat ini kes kematian wanita itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035