Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Lelaki ditemui lemas di kawasan pam pasir di Sungai Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :29 Mei 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
MARAN – Mayat seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang berhampiran pam pasir dekat Kampung Paya Pasir di sini semalam. Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam kira-kira pukul 1.29 tengah hari yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis. “Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terlingkup di dalam air sungai berpakaian baju T warna hijau dan berseluar panjang jeans warna gelap. “Mayat mangsa dibawa ke tebing dengan bot bomba dan dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal mendapati terdapat dompet di dalam poket seluar belakang mangsa yang ada kad pengenalan dipercayai milik mangsa yang berumur 58 tahun. Katanya, anak mangsa telah membuat pengecaman dan mengesahkan mangsa yang maut adalah bapa mereka. “Berdasarkan keputusan bedah siasat mengesahkan sebab kematian mangsa adalah lemas,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035