Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Sinar Harian
Title :Adam Adli dilantik Timbalan Menteri KPT
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :16 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim bertukar portfolio ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi jawatan sama. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas pada Selasa berkata, tempat Adam Adli di kementerian itu diisi Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol. Menurut Anwar, pelantikan dan pertukaran portfolio itu adalah sebahagian daripada langkah penstrukturan semula Kabinet. Jelas beliau, penstrukturan itu bertujuan memperkukuh kecekapan pentadbiran selain memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat berjalan dengan lebih berkesan dan tersusun. Sementara itu, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya baharu. Pelantikan wakil rakyat PKR itu bagi menggantikan Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia bagi jawatan sama.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035