|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini.
Baginda mengakui terkejut terhadap perkara berkenaan dan berharap agar sebarang kegiatan seumpamanya dihentikan.
"Saya harap ini tidak berlaku di Pahang dan saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini," titah baginda dalam satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang di sini pada Selasa
Al-Sultan Abdullah turut meminta Majlis Perbandaran serta pihak berkuasa daerah memantau sebarang kegiatan seumpama ini.
“Kalau ada pun tempat-tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan-kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang” titah baginda lagi.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil jika terdapat mana-mana pihak terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan sebuah pusat spa dan kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral, yang terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu.
Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hasil risikan selama dua minggu.
Seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit.
Daripada jumlah itu, 17 adalah merupakan penjawat awam. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |