Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Remisyen kadar cukai tanah diteruskan bagi tahun 2026 dan 2027 - MB Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :19 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju meneruskan pemberian remisyen atau pengurangan kadar cukai tanah bagi tahun 2026 dan 2027. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian tersebut selaras dengan pelaksanaan insentif sama sejak 2020 hingga 2025. “Keputusan ini sebagai tanda keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban kewangan pemilik tanah, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab pembayaran cukai tanah mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus mengimbangi keperluan rakyat dengan tadbir urus kewangan yang berhemah. Jelasnya, langkah itu selaras dengan Aspirasi Pahang 1st yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras utama pembangunan negeri,” ujarnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035