Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Duit simpanan suri rumah RM150,190 kena ‘rembat’
Faculty :Kosmo
Year of Publication :29 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang suri rumah terpaksa menanggung kerugian RM150,190 selepas terjerat dalam skim pelaburan saham tidak wujud. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada21 Januari lalu selepas mangsa berusia 58 tahun dari Temerloh melihat iklan pelaburan saham di Facebook sebelum berurusan dengan tiga individu melalui aplikasi WhatsApp. “Mangsa diarahkan untuk memuat turun satu aplikasi dan menyertai kumpulan WhatsApp diberikan suspek. “Sejak 23 Februari hingga 18 April lalu mangsa membuat 13 transaksi pembayaran ke dalam dua akaun berjumlah RM150,190 yang merupakan wang simpanan peribadinya,” katanya di sini, hari ini. Menurut beliau, pada pertengahan bulan ini mangsa menerima keuntungan RM11,600, namun diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan wang tersebut. Jelasnya, mangsa menyedari dia ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan seperti yang dijanjikan. Polis menasihatkan orang ramai agar menyemak dan membuat pengesahan menyeluruh terhadap platform, syarikat serta individu yang menawarkan pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.   “Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035