Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Lombong haram di Lipis diserbu, empat individu berjaya lolos
Faculty :Kosmo
Year of Publication :27 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
LIPIS  – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) membongkarkan kegiatan melombong emas secara haram di Kampung Telemin, di sini kelmarin. Dalam serbuan pada pukul 2 petang itu, seorang lelaki warga Indonesia ditahan, manakala empat lagi rakannya dapat meloloskan diri dengan lari ke kawasan hutan berhampiran. Ketua UPNP, Saifullah Muhammad Ali berkata, serbuan dilakukan oleh Skuad Elit UPNP selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan tidak sah tersebut. “Ketika serbuan, kelima-lima suspek sedang melakukan aktiviti melombong dengan menggunakan peralatan berat seperti jengkaut, palong dan pam air. Seorang daripada mereka berjaya ditangkap ketika mencuci palong yang dipercayai digunakan untuk menapis mineral emas,” katanya di sini semalam. Menurut Saifullah, siasatan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mendapati operasi melombong emas tersebut tidak mempunyai sebarang kebenaran atau permit yang sah. Beliau berkata, semua peralatan melombong telah disita, manakala suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang. “Kita giat mengesan empat lagi suspek yang melarikan diri,” katanya.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035