Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Jangan cabar ketegasan kerajaan negeri – Wan Rosdy
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar ketegasan pentadbiran negeri dalam menangani isu pencerobohan tanah kerajaan. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan yang bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menjejaskan sumber hasil negeri, kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial. “Kita tidak akan tunduk kepada tekanan, ugutan atau helah pihak tidak bertanggungjawab, sama ada individu mahupun kumpulan. “Saya beri amaran keras, jangan cabar ketegasan kerajaan negeri, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bersama agensi terlibat,”katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menubuhkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 15 Oktober 2019 sebagai langkah memastikan tindakan penguatkuasaan dilakukan secara menyeluruh dan berterusan. Sejak ditubuhkan, sebanyak 23 operasi pemusnahan membabitkan 1,362 hektar tanah telah dijalankan dan lima lagi operasi dirancang dalam tahun ini. Tambah beliau, bermula 2023, pendekatan lebih tegas diambil apabila kerajaan mula mendakwa penceroboh di mahkamah berbanding sebelum ini yang hanya dikenakan kompaun.   “Sebagaimana disebut ADUN Lantikan, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly terdapat kes pencerobohan yang telah dikenakan denda melebihi RM100,000 di mahkamah. “Ini bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan bahawa kerajaan negeri serius menangani isu ini secara menyeluruh,”katanya. Menurut beliau, beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut ditubuhkan khusus untuk tujuan pengurusan dan pemantauan tanah termasuk Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), Pahang Corporation, Pahang Mining Corporation, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Pahang Gold. -KOSMO! ONLINE.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035